‘Kenyataan Jeffery bercanggah situasi politik GRS’

LocalPolitics
14 Dec 2024 • 1:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

PAPAR: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffery Kitingan perlu berhenti memainkan sentimen parti luar kerana ia bercanggah dengan situasi politik yang berlaku dalam Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, GRS sendiri bekerjasama dengan parti nasional lain dalam kerajaan GRS-Pakatan Harapan (PH) Plus.

AdvertisementMenurutnya, pemimpin PH Sabah juga ada dalam barisan kabinet malah seorang pemimpin PAS diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik bagi kerajaan GRS-PH Plus.

“PAS selain parti luar adalah parti pembangkang tetapi berada dalam kerajaan negeri bersama beliau (Jeffery), jadi pendirian beliau ini jelas dangkal dan tidak sensitif dengan rakan PH Sabah.