Kenyataan MB Kedah ada kecenderungan bangkit perasaan tidak setia kepada Raja

LocalPolitics
19 Jul 2023 • 2:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kenyataan yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Justeru, katanya pertuduhan yang dihadapi Muhammad Sanusi tiada kaitan dengan kerajaan.

Beliau berkata demikian menerusi catatan di Facebook, di sini hari ini sebagai membalas kenytaan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu di media semalam, kononnya pertuduhan keatasnya petunjuk kerajaan dalam ketakutan.

Semalam, Muhammad Sanusi, 48, mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved