Kenyataan Sanusi: PDRM Terima Laporan, Buka Kertas Siasatan

7 Jun 2023 • 12:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kenyataan Sanusi: PDRM Terima Laporan, Buka Kertas Siasatan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri itu.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata rakaman percakapan Muhammad Sanusi akan dirakam esok di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Pada 29 Mei lepas, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved