“Kenyataan Saya Mabuk Itu Fitnah, Memang Ada Hidangkan Alkohol Tapi Saya Tak Pegang Atau Minum” – Syasya Dolla

EntertainmentMusic
18 Sep 2023 • 3:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, baru-baru ini, salah seorang ahli kumpulan wanita popular, Dolla iaitu Syasya terpalit dengan kontroversi mengenai dirinya mengambil minuman keras dalam sebuah acara hiburan.

Tampil menjelaskan isu terbabit, Syasya atau nama sebenar, Noorsyasya Shahrizal, 22, menafikan bahawa dia minum arak seperti yang didakwa ramai selepas menonton video tular itu.

Video itu dah lama, ia dirakam ketika saya menghadiri acara melibatkan artis luar negara. Memang ada hidangkan alkohol namun saya tidak pegang atau minum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? SYASYA RIZAL ? (@syasya.rzl)

Oleh kerana itu, Syasya menegaskan bahawa dakwaan dirinya mabuk itu adalah fitnah semata-mata kerana tiada bukti menampakkan dia minum alkohol.

Dalam pada itu, penyanyi terbabit menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan hal-hal viral tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.

image is not available 1 month ago

Isu Kontroversi Minum Arak, Syasya Dolla Dikritik Buat Muka Menjengkelkan Ketika Jawab 'Interview' Wartawan?