‘Kenyataan yang keluar adalah tidak benar & fitnah’ – Qawiy nafi terlibat dalam isu gangguan seksual

27 May 2024 • 5:17 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pempengaruh, yang terkenal dengan video ‘tebuk’ mengaji, menafikan dakwaan tular yang mengaitkan dirinya dengan gangguan seksual.

Qawiy Aro berkata dakwaan ke atasnya itu adalah sama sekali tidak benar dan menyifatkannya sebagai fitnah.

Menerusi hantaran di Instagram, Qawiy menyatakan dia mengeluarkan kenyataan itu untuk mengelakkan salah faham dan fitnah yang berlegar ke atas dirinya.

image is not available

“Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di sosial media tentang Qawiy.

“Ya, sepatutnya Qawiy tak perlu balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ini dan untuk mengelakkan salah faham serta fitnah, Qawiy perlu jelaskan di sini.

“Kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di media sosial adalah tidak benar dan fitnah,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu laporan polis yang dibuat oleh individu yang mendakwa pempengaruh berkenaan telah memintanya melakukan perkara tidak senonoh.

image is not available

Individu tersebut juga mendakwa kononnya dia telah menjadi mangsa gangguan seksual apabila Qawiy sering menghantar mesej berbaur lucah kepadanya selain merabanya ketika keluar bersama.

Susulan dakwaan itu juga, individu yang mendedahkan perkara tersebut mendakwa menerima mesej daripada pempengaruh berkenaan untuk memfailkan saman ftinah terhadapnya.