“Kepada Semua Sahabat Dan Teman” – Kazar Kongsi Petikan Mengenai Ujian

LocalEntertainment
22 Aug 2024 • 7:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon veteran, Kazar Saisi mengundang perhatian ramai selepas berkongsi petikan mengenai ujian dalam hidup.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Kazar menujukan kata-kata semangat itu khas buat sahabat-sahabat dan temannya.

image is not available

Petikan tersebut meminta orang ramai tidak bersedih atau mengeluh walau berada dalam apa jua situasi kini.

Bersyukur untuk segalanya, ucap Alhamdulilah.

Katanya, Allah SWT tahu apa yang terbaik dan akan memberikan hambaNya hanya yang terbaik meskipun ianya mengambil sedikit masa.

Terdahulu, hubungan rumah tangga pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof dan Ira Kazar hangat diperkatakan selepas Syamsul membuat permohonan cerai di mahkamah.

Setakat ini, tiada sebarang respon diberikan pasangan terbabit mahupun keluarga mengenai isu tersebut.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Kazar