“Kepada UMNO, pintu terbuka luas. Perpaduan ummah boleh diperkukuh” -MP PAS

LocalPolitics
23 Dec 2025 • 2:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman telah memuat naik hantaran seakan mengajak UMNO untuk menyertai mereka sebagai pembangkang susulan kemelut yang melanda melibatkan isu keputusan mahkamah melibatkan Titah Adendum.

image is not available

Pintu terbuka luas

Dalam perkongsian tersebut, Syahir menyatakan PAs membuka pintu seluasnya kepada UMNO jika mahu bersama mereka.

“Kepada UMNO pintu terbuka luas,” tulisnya.

image is not available

Dakwa perpaduan ummah boleh diperkukuh

Dalam pada masa yang sama, beliau turut memberi pilihan sama ada UMNO mahu terus memperkukuhkan perpaduan ataupun bersama Kerajaan Perpaduan seperti sekarang.

“Perpaduan ummah yang boleh diperkukuh, atau Kerajaan Perpaduan yang semakin rapuh,
“Tepuk dada, tanya iman,” ujarnya lagi.

image is not available

Artikel lain: Tony Pua bangga peranan DAP, gelar penyokong Najib ‘pencinta penyangak’

Terdahulu, beberapa pemimpin UMNO meluahkan rasa geram apabila ahli parlimen DAP seakan meraikan keputusan mahkamah berhubung penolakan tahanan rumah buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ada juga yang menyarakan supaya parti tersebut memikirkan semula kerjasama yang terjalin memandangkan hinaan dilontarkan cukup tidak wajar sesama rakan gabungan.

Sumber: Facebook Syahir Sulaiman