Kepada Wanita Yang Nak Kahwin Dengan Lelaki ‘Belum Islam’, Ini Nasihat Adam Corrie

13 Jul 2022 • 11:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Apa perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu jika seseorang wanita Muslim itu nak kahwin dengan lelaki yang belum memeluk agama Islam?

Mendirikan rumah tangga bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh, tambahan pula sekiranya bakal pasangan kita itu orang yang berlainan agama. Sebagai Muslim, ia merupakan satu cabaran yang besar kepada wanita kerana ‘imam’ mereka belum tahu apa-apa mengenai Islam.

Sementara itu, lelaki pula merupakan ketua dalam keluarga, sudah tentu aspek-aspek dan nilai kerohanian perlu disemai dalam diri agar mahligai rumah tangga yang dibina bersama akan sentiasa terpelihara sehingga ke akhir hayat.

Cinta tidak mengenal erti warna kulit, tinggi, fizikal dan juga agama. Oleh hal yang demikian, bagi wanita (Muslim) di luar sana yang ingin kahwin dengan lelaki yang belum memeluk Islam, mereka perlu mengetahui beberapa perkara terlebih dahulu.

Sehubungan itu, selaku ‘bekas’ penganut agama lain sebelum berhijrah ke Islam, pelakon aksi terkenal tanah air, Adam Corrie hari ini ada berkongsi beberapa pesanan buat wanita sebelum mereka meneruskan hubungan dengan lelaki berlainan agama.

Untuk itu, mari kita ikuti pesanan yang dikongsikan oleh Adam Corrie seperti perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat.

Nasihat Kepada Wanita Sebelum Kahwin Dengan Lelaki Belum Islam

Alhamdulillah hari ini saya sudah 15 tahun kembali kepada fitrah.

Seperti baru semalam saya syahadah. Membuat keputusan untuk kembali kepada fitrah sudah dipendam lama. Ya mengambil masa yang lama. Tiada sesiapa yang memaksa, ia adalah pilihan saya sendiri.

Mungkin ada kata saya memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan wanita Melayu. Tidak sama sekali, saya berjumpa dan berkahwin dengan bidadari saya setahun selepas syahadah.

Ingin saya berikan sedikit nasihat kepada wanita yang ingin berkahwin dengan lelaki yang belum Islam.

Jangan bercinta terlalu lama. Cinta tak menjanjikan kebahagian tanpa iman. Ia hanya membuang masa menunggu tanpa kepastian dan semestinya menambahkan dosa tanpa kita sedari.

Jika benar sayangkan dia kerana Allah. Usahalah kenalkan keindahan Islam dengan peribadi diri kita sendiri.

Jika tidak nampak sebarang perubahan ke arah jalan yang lurus. Adalah lebih baik undur diri dan cari pasangan hidup yang lain.

Ada ibu bapa yang halang anak gadisnya berkahwin dengan lelaki yang belum Islam (bakal syahadah) kerana tak yakin anak gadisnya boleh pimpin bakal suaminya.

image is not available
Gambar hiasan | Kredit: Mindful Muslimah

Kerana anak gadisnya sendiri masih perlukan bimbingan agama dan tidak menjalankan dan amalkan kehidupan sebagai Muslim sebenarnya dan juga risau anaknya terjebak dengan kehidupan pasangan yang tiada batasan sebelum syahadah.

Ini memang realiti terjadi. Banyak juga kes sebegini saya dapat. Yang sedia Muslim tak mendidik suami/ isteri mereka yang saudara baru kenal Islam, malah terjebak dengan kehidupan tanpa batasan.

Tak salah masuk Islam kerana nak kahwin, kerana itu juga hidayah melalui perkahwinan tetapi tanggungjawab selepas syahadah itu lebih penting. Untuk terus kenal, belajar dan amalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Untuk sahabat-sahabat yang belum Islam yang berhajat memeluk Islam.

Saya sarankan betulkan niat.

Niat itu penting. Niatkan kerana Allah.

Jika kita nak masuk Islam kerana wanita/ lelaki. Jika ada masalah kelak. Kita akan salahkan mereka. Tanpa muhasabah diri.

Jika niat kita masuk Islam kerana Allah. InsyaAllah apabila ada ujian datang. Kita akan hadapinya dengan tenang. Kerana kita yakin dan hati kita sudah tersimpul kuat dengan Allah SWT. Iman kita kuat.

Saya pun masih merangkak belajar Islam dan saya bersyukur dapat pasangan, keluarga, murabbi-murabbi dan sahabat-sahabat yang sangat-sangat membantu saya untuk kenal dan amalkan ajaran Islam.

Hadiah yang terindah dalam hidup saya apabila saya kembali kepada Islam dengan diberikan taufik dan hidayah.

Aamin allahuma aamin.

Selalu bersangka baik.

InsyaAllah hati tenang.

Gambar ini hari jadi saya pada 5 tahun yang lepas.

image is not available
Gambar: Facebook ADAM CORRIE