Kepadatan Matematik, Sains berjaya dikurangkan hingga 50 peratus - Azman

LocalPolitics
9 Sep 2024 • 11:10 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Azman Adnan ketika sesi sesi sidang media khas Intervensi Kurikulum di Putrajaya pada Isnin. Foto: Rosli Talib

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pengurangan kepadatan bagi mata pelajaran Matematik dan Sains sehingga 50 peratus selepas susunan semula kurikulum penjajaran Tahap Satu berjaya dihasilkan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, pengemaskinian yang dijalankan melibatkan penyusunan semula dan menggabungkan beberapa Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Kandungan (SK) serta menggabungkan istilah yang lebih mudah difahami.

“Isu yang menjadi kerisauan ibu bapa adalah mengenai aras kesukaran kurikulum yang dikatakan tidak signifikan dengan umur anak-anak kita.

“Terdapat dua pilihan guru-guru sama ada menggunakan Dokumen Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan 2017 sedia ada atau boleh menggunakan Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disediakan jika berdepan kesukaran melaksanakan kurikulum dalam kumpulan sasar murid-murid.

“Melalui dokumen ini, pengemaskinian telah dilakukan dengan menggabungkan beberapa standard pembelajaran dalam kurikulum dan kandungan,” katanya ketika sesi sidang media khas Intervensi Kurikulum di Putrajaya pada Isnin.

Azman berkata lagi, terdapat sesetengah standard kandungan dan pembelajaran dibawa ke Tahun Dua apabila murid-murid yang terlibat sudah kompeten dengan kurikulum tahun pertama.

“Empat dokumen penjajaran Tahap Satu ini melibatkan Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang telah disediakan dalam Bahasa Melayu serta diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

“Dokumen ini sebagai panduan buat guru-guru dan boleh digunakan bersama dengan Modul Bimbingan (MOBIM) yang disediakan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved