Kepala Air Di Lahad Datu, 3 Pendaki Maut Dan 3 Lagi Masih Hilang

6 May 2024 • 12:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tragedi kepala air, operasi mencari dan menyelamat pendaki hilang di Sabah

Kepala Air Di Lahad Datu, 3 Pendaki Maut Dan 3 Lagi Masih Hilang. Satu tragedi kepala air berlaku semasa aktiviti mendaki di Lembah Maksina, Lahad Datu, Sabah pada malam Ahad. Tiga individu dilaporkan terkorban manakala tiga lagi masih hilang.

Menurut laporan, Pihak Bomba dan Penyelamat Lahad Datu menerima laporan kejadian pada jam 8.30 malam dan bergegas ke lokasi sejauh 56 kilometer.

image is not available
Kepala Air Di Lahad Datu, 3 Pendaki Maut Dan 3 Lagi Masih Hilang

17 peserta yang terlibat dalam aktiviti trekking

Terdapat 17 orang peserta terlibat dalam aktiviti river trekking di lembah tersebut. Pada tengah malam, sembilan peserta berjaya diselamatkan, manakala dua lagi menyelamatkan diri sendiri tetapi cedera. Tiga mayat ditemui terperangkap di bawah longgok kayu pada 1.40 pagi.

Kerjasama angota polis, tentera dan jabatan perhutanan dalam misi mencari pendaki hilang

Operasi penyelamatan ditangguhkan pada jam itu kerana cuaca gelap dan tidak mengizinkan. Ia diteruskan pada 6 pagi Isnin dengan usaha mencari tiga pendaki lain yang masih hilang dijalankan.

Identiti mangsa yang terkorban masih belum diketahui. Anggota Polis, Angkatan Tentera dan Jabatan Perhutanan turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.