Kepala Air Landa Yan, 4 Kampung Alami Banjir Kilat

LocalEnvironment
7 Sep 2024 • 5:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kepala Air Landa Yan, 4 Kampung Alami Banjir Kilat

Yan, Kedah – Kejadian kepala air dilaporkan telah berlaku di kawasan air terjun Seri Perigi dan Titi Hayun akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali, kejadian banjir kilat juga berlaku di empat buah kampung berdekatan, lapor Astro Awani.

Limpahan air akibat kejadian itu dilapor memasuki kawasan rumah penduduk di Kampung Seberang Pekan Yan, Kampung Raga, Kampung Ruat dan Kampung Titi Bakong pada 12 tengah hari tadi.

Setakat ini, tiada laporan pemindahan mangsa banjir diterima. Beberapa anggota BBP Yan, Rela dan Bomba Komuniti telah digerakkan untuk membuat pemantauan berkala kejadian tersebut.

“Beberapa kampung di daerah ini dilanda banjir kilat akibat limpahan arus deras dari air terjun Seri Perigi dan Titi Hayun.

“Bagi langkah keselamatan, anggota BBP Yan bersama anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Bomba Komuniti ditempatkan di kawasan berisiko berlaku banjir dan pemantauan berkala dilakukan.

“Bomba menasihatkan penduduk di sekitar kawasan terbabit supaya sentiasa berada dalam keadaan berwaspada dan mengikuti arahan sekiranya diminta untuk berpindah,” katanya.

Dalam masa yang sama, beberapa video kejadian kepala air tular itu di media sosial menerusi perkongsian orang awam yang berada berdekatan kawasan kejadian.

https://www.facebook.com/reel/352559464490280?mibextid=D5vuiz

 

Imbas kembali, kejadian kepala air pernah landa Yan, juga di sekitar Titi Hayun pada tahun 2021 yang mengorbankan enam nyawa warga tempatan. Ketua Polis Daerah Yan ketika itu, DSP Shahnaz Akhtar berkata seramai 400 anggota pasukan penyelamat telah digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa kejadian.

Menurut Bernama, sebanyak 800 buah rumah di sekitar Yan dilaporkan terjejas dalam kejadian tersebut. Kejadian banjir itu akibat kepala air di kawasan Gunung Jerai yang berpunca daripada hujan lebat.

Sumber: Astro Awani, video tular di media sosial

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved