Kepala air Sungai Pisang: Semua mangsa berjaya diselamatkan

11 Aug 2024 • 6:42 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Semua 25 orang yang terperangkap di kepala air di Sungai Pisang, Selayang telah berjaya diselamatkan pada jam 3.30 petang tadi.

Bercakap kepada Scoop, Pegawai Bomba Kanan II, Suhaimi Samoory berkata kebanyakan mangsa adalah pendaki yang ketika itu sedang menjalankan aktiviti pendakian di kawasan berkenaan.

Jelasnya, kejadian itu berlaku pada 1.41 petang tadi.

image is not available
Video lokasi di mana 25 orang terperangkap itu kini tular di media sosial - Tangkapan layar, 11 Ogos, 2024

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 2:00 petang. Seramai enam anggota dari balai berkenaan dikerahkan ke lokasi kejadian,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya Suhaimi, operasi menyelamat segera dijalankan dengan menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati seramai 25 orang mangsa terperangkap di kepala air dan kerja-kerja membawa keluar mangsa telah dilakukan. Semua mangsa selamat.

“Operasi menyelamat berjaya tamat sekitar jam 3:30 petang," katanya.

Video mengenai lokasi di mana 25 orang terperangkap itu kini tular di media sosial. - 11 Ogos, 2024