Kepala air Ulu Geruntum: 20 mangsa termasuk bayi, ibu mengandung dipindahkan ke PPS

20 Jun 2026 • 9:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kepala air Ulu Geruntum: 20 mangsa termasuk bayi, ibu mengandung dipindahkan ke PPS

IPOH, 20 JUN: Sebanyak 20 mangsa, termasuk tiga bayi dan ibu mengandung yang terkandas akibat kejadian kepala air di Kampung Ulu Geruntum, Kuala Razila, Gopeng semalam berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Bandaraya Gopeng hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata operasi itu berjaya memindahkan kesemua mangsa yang terperangkap selepas jambatan utama yang menghubungkan kawasan penempatan mereka runtuh akibat arus deras.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.57 pagi sebelum 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dan agensi lain dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi melaksanakan size up seterusnya mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja penyelamatan menggunakan tali dan bantuan bot rafting dari Kuala Razila Resort.

“Anggota kami membantu mangsa memakai peranti pengapungan peribadi keluar dari lokasi dan dipindahkan dengan selamat ke PPS di Dewan Bandaraya Gopeng. Operasi menyelamat dan membawa mangsa ke PPS ditamatkan sepenuhnya pada 2.15 petang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata paras air berkedalaman 1 meter dan jarak antara tebing sungai adalah 50 meter manakala arus yang sedikit deras ketika membawa mangsa menyeberangi sungai di lokasi itu.

Semalam, kejadian kepala air yang berlaku menyebabkan jambatan utama di kampung berkenaan runtuh, sekali gus memutuskan laluan keluar masuk penduduk dan menyebabkan mangsa terkandas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved