Kepala kanak-kanak tersangkut celah jeriji pintu

8 Mar 2023 • 5:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun apabila kepalanya tersekat pada jeriji pintu rumah di Bandar Puncak Alam pada Rabu.

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak berhadapan detik cemas selepas kepalanya tersangkut pada jeriji pintu hampir setengah jam di kediamannya di Bandar Puncak Alam di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 1.22 petang.

"Anggota operasi yang tiba bertindak meregangkan jeriji terbabit.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 25 minit bagi mengeluarkan kepala kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu yang tersangkut di jeriji pintu rumah," katanya pada Rabu.

Tambahnya, difahamkan tiada kecederaan pada mangsa sebelum diserahkan kepada ibunya.

Katanya, operasi berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 2.30 petang.