Awal pagi Selasa, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut dalam kemalangan di Jalan Marina, Miri, Sarawak.
Menurut portal Utusan Borneo, kejadian itu berlaku pada jam 12 malam.
Mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dipercayai hilang kawalan lalu terbabas menghentam beberapa batang pokok di bahu jalan.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah, kepala terputus dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.
The post Kepala remaja perempuan terputus, selepas motosikal berkuasa tinggi terbabas appeared first on The Reporter.



