”Kepala Saya Kena Tunjal, Tudung Dicampak!” – Mangsa Dedah Pembaca Berita Terkenal Jadi Pembuli Dulu

LocalFamily & Parenting
28 Jul 2025 • 3:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia pembantu Pentadbir

Satu perkongsian di platform Threads telah menarik perhatian ramai netizen selepas seorang pengguna tampil mendedahkan kisah hitam ketika zaman persekolahan yang masih menghantuinya sehingga kini.

Menurut mangsa, semuanya bermula ketika dia berpindah ke sekolah baharu semasa Tingkatan Empat dan menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar.

Zaman saya masuk sekolah baru tingkatan 4, ada yang cemburu… kepala saya kena tunjal, tudung kena rentap dicampak ke aras bawah sekolah.

Salah seorang pembuli adalah pembaca berita terkenal?

image is not available

Apa yang mengejutkan ramai, mangsa mendakwa salah seorang pembuli terbabit kini merupakan seorang pembaca berita televisyen yang dikenali ramai.

Dia tak pernah minta maaf tapi dia bawa mulut sampai saya dibenci sampai habis SPM.

Mangsa turut menyatakan individu tersebut tidak pernah bertanggungjawab atas perbuatannya, malah terus menyebarkan kata-kata yang memburukkannya hingga menimbulkan kebencian dalam kalangan rakan-rakan sekolah.

Netizen tertanya-tanya siapa?

image is not available

Selepas pendedahan itu tular, netizen mula membanjiri ruangan komen dengan pelbagai spekulasi untuk mengenalpasti siapakah personaliti TV yang dimaksudkan.

Namun begitu, tiada maklumat sahih atau bukti kukuh ditemui sehingga kini.

Pssttt! Jangan pandang ringan luka emosi akibat buli, kerana ia boleh meninggalkan trauma seumur hidup. Kalau pernah buat salah, tak susah pun nak minta maaf.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.