
NABAWAN: Kepekaan dan keprihatinan ibu bapa dan guru-guru dalam perkembangan pendidikan anak-anak akan menjadi aspirasi dan pendorong yang paling bermakna buat mereka.
Pegawai Pendidikan Pensiangan Laineh Agindang @ Mohd Asri berkata, kejayaan murid tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan yang paling utama adalah usaha murid itu sendiri.
AdvertisementJusteru itulah katanya, permuafakatan antara ibu bapa dan guru menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sangat penting.
“Hubungan yang erat dan mesra, diiringi kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru diibaratkan seperti aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain” katanya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Prasekolah Sesi 2024/2025 ke 22 di dewan serbaguna Majlis Daerah di sini pada Selasa.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, kerjasama ini sudah pasti menjadi pendorong dan pemudah cara dalam setiap usaha ke arah kemajuan anak-anak kita sebagai tonggak masa hadapan.
Pada masa sama, Laineh berharap ibu bapa dan guru-guru sentiasa bergabung tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak di daerah ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau juga mengucapkan syabas kepada guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid dan ibu bapa atas komitmen yang ditunjukkan pada majlis ini.
“Mudah-mudahan semangat dan komitmen yang tinggi ini akan dapat ditingkatkan lagi supaya sekolah-sekolah di daerah Pensiangan akan mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang,” tambahnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hadir sama Guru Besar SK Saliliran Kenny Lawrence selaku Pengerusi Pelaksana dan guru-guru.


