Kepimpinan FAM Berubah Lagi, Kerusi Presiden Tinggal Kosong

LocalFootball
25 Aug 2025 • 11:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kepimpinan tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi berubah selepas Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub melepaskan jawatan sebagai presiden badan induk itu minggu lalu.

Kerusi presiden kosong

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan, beliau telah menyerahkan surat rasmi peletakan jawatan pada Jumaat, dengan satu mesyuarat khas dijangka diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan serta mengesahkan perkara tersebut.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Joehari sudah pun hantar surat letak jawatan. Mesyuarat khas nanti akan mengesahkan kedudukan itu,” katanya.

Tanda-tanda pengunduran Joehari semakin jelas apabila bilik presiden Persatuan Bolasepak Malaysia dilaporkan sudah dikosongkan sejak awal minggu ini.

Menurut sumber, keputusan berundur itu dibuat berikutan masalah kesihatan yang dihadapi beliau.

Joehari dilantik sebagai Presiden selepas menang tanpa bertanding dalam Kongres Pemilihan FAM bagi penggal 2025-2029, Februari lalu.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden merupakan individu pertama dari Sabah memegang jawatan tertinggi dalam sejarah FAM, menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

image is not available

Foto: Harian Metro

Dengan pengunduran mengejut itu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Mohd Yusoff Mahadi kini dijangka mengambil alih tugas sebagai pemangku presiden sementara menunggu kongres pemilihan baharu diadakan.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)