Kepimpinan Malaysia dipuji AS, cemerlang sebagai pengerusi ASEAN tahun ini

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 11:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer memuji kepimpinan Malaysia yang dianggap cemerlang sepanjang memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun ini.

Kepimpinan Malaysia berjaya kemudi mesyuarat dengan baik

Memetik laporan daripada Bernama, beliau menyatakan Malaysia bukan sahaja berjaya mengemudi mesyuarat dengan baik malah turut memberi layanan mesra kepada semua negara anggota.

“Kami amat berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan. Malaysia telah menunjukkan kepimpinan yang hebat sebagai Pengerusi ASEAN,” katanya selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-57.

image is not available

Kepimpinan Malaysia cemerlang sebagai pengerusi ASEAN

Greer turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi AEM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz atas kepimpinan pragmatik dan mantap sepanjang rundingan dengan rakan dialog.

“ASEAN telah dilayan dengan baik menerusi kepimpinan Malaysia, terutamanya oleh Menteri Zafrul. Saya berbesar hati berada di sini di Kuala Lumpur bagi pihak AS,” katanya.

image is not available

Sementara itu, Tengku Zafrul menjelaskan rundingan bersama AS berlangsung secara konstruktif dan produktif dalam membincangkan perdagangan serta pelaburan, selain menantikan penglibatan berterusan Washington di rantau ini.

image is not available

Untuk rekod, ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi ASEAN selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved