‘Kepimpinan pemuda dicadang berkahwin rentas kaum/budaya untuk ‘tangkap’ undi’ – Pemuda PAS Selangor 

LocalPolitics
12 Sep 2024 • 5:07 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Dalam satu siding Muktamar PAS ke-65, suasana gamat seketika apabila Setiausaha Pemuda PAS Selangor, Aubidullah Fahim Ibrahim mencadangkan agar kepimpinan Pemuda PAS berkahwin dengan wanita bukan Melayu.

Cadangan berkenaan dikatakan sebagai satu cara untuk mendapatkan sokongan dan undi dalam kalangan bukan Melayu.

Katanya juga, cara berkenaan bukan sahaja dapat meraih puluhan undi, malah ratusan undi juga dapat dicapai.

“Kami (Pemuda PAS) di Selangor ada cadangan. Tapi Ketua Pemuda PAS (Afnan Hamimi Taib Azamudden) tak ada pula.

“Kita nak cadangkan supaya kepimpinan Pemuda ini perlu berkahwin rentas kaum ataupun rentas budaya. Kerana apa?

“Kerana apabila kita berkahwin merentas kaum ataupun budaya ini, kita bukan sekadar boleh menangkap satu undi, tapi insya-Allah kita akan menangkap 10 bahkan ratusan undi daripada bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Aubidullah turut menggesa ahli Pemuda PAS menarik perhatian pengundi muda dengan menggunakan pelbagai platform.

Sumber: MalaysiaKini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved