
SANDAKAN: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) sentiasa terbuka menerima cadangan daripada pemain atau pengusaha industri pelancongan di negeri ini.
Menterinya, Datuk Seri Christina Liew berkata, cadangan boleh disalurkan menerusi saluran tepat, termasuk menulis surat permohonan rasmi kepada kementerian itu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kita banyak menerima cadangan dan idea untuk penambahbaikan sektor pelancongan di daerah-daerah seluruh Sabah melalui sesi libat urus dan dialog bersama mereka.
“Antaranya keperluan pembinaan jeti pelancongan awam di Sandakan dan di Sukau serta Bilit, Kinabatangan,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Tambahnya, pihaknya turut maklum akan perkara itu dan meminta pihak berkenaan menulis surat rasmi kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata demikian sejurus menghadiri Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog Bersama pengusaha serta wakil persatuan pelancongan sekitar Sandakan dan Kinabatangan, di sini, pada Isnin.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pada majlis itu, Christina juga menyampaikan 500 beg kitar semula masing-masing kepada Majlis Perbandaran Sandakan dan Pejabat Daerah Sandakan, dalam usaha menyokong penggunaan sifar plastik dan mempromosi kepentingan kebersihan kawasan sekitar.
Semasa sesi dialog, antara cadangan pengusaha pelancongan di sini adalah keperluan jeti awam, kemudahan jalan raya yang lebih baik serta isu sampah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, lebih banyak penerbangan langsung diperlukan di Sandakan.
Bagaimanapun, Christina berkata, ia perlu selari dengan kemudahan pelancongan sedia ada di Sandakan.
Antaranya penginapan atau hotel serta bas pelancong yang mencukupi untuk menampung kehadiran pelancongan ke daerah ini kelak.
“Sandakan dan Kinabatangan bertuah kerana mempunyai keindahan alam semula jadi dan hidupan liar yang menarik pelancong luar negara yang gemar dengan pelancongan seumpama itu,” katanya.



