Kepung Demi Palestin: Ratusan peserta berarak ke Kedutaan AS, desak gencatan senjata

26 Dec 2023 • 10:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - ‘Hancur Zionis, Free Palestin’!

Itu laungan bersemangat dilontarkan peserta himpunan Kepung Demi Palestin yang berhimpun di hadapan Menara TH di sini, malam ini.

Setakat jam 10.30 malam, kira-kira 300 peserta dilihat memenuhi lokasi sebelum mereka beramai-ramai berarak ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Turut hadir, bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mendesak Israel dan AS segera melakukan gencatan senjata.

image is not available
Bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua turut menunjukkan semangat solidariti beliau terhadap rakyat Palestin dengan menyertai Himpunan Kepung Demi Palestin malam ini. - Gambar Azim Rahman/Scoop, 26 Disember, 2023

“Kita datang dari semua kaum (untuk himpunan ini).

“Tidak kira fahaman politik untuk satu tujuan dan matlamat yang sama.

“Kita tuntut supaya pembunuhan beramai-ramai ini dihentikan! Ini adalah konflik dunia bukan semata-mata isu agama Islam,” katanya.

Menurutnya, kedutaan AS dipilih sebagai tempat berhimpun selama lima hari sehingga 31 Disember ini, disebabkan sokongan pihak terbabit yang membenarkan Israel terus melakukan kekejaman di Gaza.

“Why US? (Kenapa Kedutaan AS), sebab ia adalah penyumbang terbesar kepada Israel dari segi kewangan dan bekalan senjata.

“Tindakan AS yang menggunakan kuasa veto di UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) menolak genjatan senjata adalah melanggar hak kemanusiaan sejagat.

“Kita desak gencatan senjata dilakukan sekarang!” katanya. - 26 Disember, 2023