Keputusan Bedah Siasat Nur Farah Kartini Diputuskan Sebagai ‘Pending Laboratory Investigation’

17 Jul 2024 • 9:22 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
farah kartini

Sejak kelmarin kecoh di media sosial apabila mayat Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lepas telah dijumpai di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Terkini! Menurut laporan Kosmo, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa setakat ini diputuskan sebagai ‘pending laboratory investigation’ (menunggu laporan lengkap makmal).

Itu bermakna yang punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan sehingga pihak polis menerima laporan penuh analisa makmal dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB).

Keputusan itu dibuat selepas proses bedah siasat dilakukan Pakar Patologi Forensik HSB pada jam 3 sehingga 5.30 petang semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Pihak polis masih jalankan siasatan lanjut dan mohon mana-mana saksi kejadian tampil di balai berhampiran bagi membantu siasatan.

Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan.

image is not available

Jap!