
PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan disembah maklum berhubung keputusan dicapai mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) esok.
Perkara itu dimaklumkan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Mohammad Fahmi Ngah kepada pemberita hari ini.
"Keputusan (berhubung GISBH) sudah dibuat dalam mesyuarat (semalam) dan kita akan bawa menghadap kepada Sultan Selangor esok sebelum ia diwartakan," katanya.
Isnin lepas, Jabatan Mufti Negeri Selangor bersidang bagi memutuskan persoalan berkaitan GISBH di negeri itu, selain mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) turut dibentangkan laporan berkaitan GISBH oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 24 Sept lepas.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Pada 20 Sept, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISBH dan rangkaiannya.
Sehubungan dengan itu, baginda bertitah semua rumah amal dan sekolah Islam bawah kawalan GISBH dan rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk jenayah syariah, diarahkan tutup dengan segera dan tidak dibenarkan beroperasi di Selangor.
Ini sebagai langkah pencegahan bagi mengelak kanak-kanak yang terlibat terus dianiaya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

