Keputusan BN tak bertanding PRN Sarawak bantu kekalkan kestabilan politik

LocalPolitics
22 Nov 2026 • 3:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keputusan BN tak bertanding PRN Sarawak bantu kekalkan kestabilan politik

KUCHING: Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 disifatkan sebagai langkah positif untuk kestabilan politik di negeri itu.

Ketua Whip Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan sama ada sesebuah parti mahu bertanding atau tidak ialah hak parti tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih kerana sejak dahulu Barisan Nasional (BN) memang tidak bertanding di Sarawak. Kepada parti lain yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding, saya juga mengucapkan terima kasih.

“Demokrasi sebenarnya masih hidup di Malaysia, tetapi terpulang kepada mereka sama ada mahu bertanding atau tidak,” kata Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu kepada pemberita selepas menghadiri program “Juh Kita Melabur, Anak Sarawak” anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di sini, hari ini.

Selain PBB, GPS turut dianggotai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Nov ini sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 8 Dis, manakala hari mengundi pada 12 Dis.

Semasa PRN Sarawak ke-12 pada 2021, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan. – BERNAMA

The post Keputusan BN tak bertanding PRN Sarawak bantu kekalkan kestabilan politik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved