
Keputusan Kajian Skim Saraan Penjawat Awam Turut Terpakai Kepada Ahli Politik – Anwar
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang keputusan yang dibuat hasil daripada kajian membabitkan skim saraan dalam kalangan penjawat awam turut terpakai kepada ahli-ahli politik di negara ini.
Anwar berkata beliau secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan itu.
Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan akan dimuktamadkan oleh Jemaah Menteri selepas mendengar pandangan pelbagai pihak dan kajian mendalam melibatkan pelbagai aspek Perlembagaan Persekutuan.
“Bagi ahli politik, apa jua keputusan ditetapkan bagi penjawat awam akan terpakai juga kepada ahli-ahli politik.
“Kalau kita mula pada 1 Feb 2024, semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka perkara itu juga sama untuk semua pelantikan baharu (termasuk) ahli politik,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar Pelita di sini hari ini.
Berita lanjut bakal menyusul
Sumber: Bernama
The post Keputusan Kajian Skim Saraan Penjawat Awam Turut Terpakai Kepada Ahli Politik – Anwar appeared first on Siakap Keli.

