Keputusan kewangan 2Q26 sektor perbankan dikhuatiri lemah akibat isu kadar faedah AS - MBSB Research

LocalBusiness & Finance
15 Jul 2026 • 2:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Keputusan kewangan 2Q26 sektor perbankan dikhuatiri lemah akibat isu kadar faedah AS - MBSB Research Image from: Keputusan kewangan 2Q26 sektor perbankan dikhuatiri lemah akibat isu kadar faedah AS - MBSB Research amree15/07/2026 - 14:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 JulaiSektor perbankan dikhuatiri berdepan musim keputusan kewangan lemah bagi suku kedua 2026 disebabkan potensi kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata MBSB Research.

 

Firma penyelidikan tersebut turut melihat impak akibat persaingan deposit semakin sengit, serta tekanan peruntukan kerugian meningkat yang terus menekan pendapatan bukan berasaskan faedah.

 

Bagaimanapun ia percaya cabaran itu mungkin hanya bersifat sementara dan mengekalkan penarafan 'positif' terhadap sektor tersebut di sebalik keuntungan bank dijangka sederhana pada tahun ini.

 

"Situasi ini disokong pertumbuhan pinjaman, kualiti aset yang masih kukuh serta pulangan dividen menarik dijangka membantu sektor selepas separuh kedua 2026 kelak," kata MBSB Research dalam analisisnya.

 

Menurutnya, Rizab Persekutuan (Fed) AS besar kemungkinan menaikkan lagi kadar faedah dalam usaha membendung inflasi tinggi akibat kesan konflik yang dilihat terus berlarutan di rantau Timur Tengah.

 

Perkembangan tersebut ujarnya, boleh memberi tekanan kepada pendapatan pelaburan bank berikutan penyusutan harga bon, meskipun sebahagiannya diimbangi oleh keuntungan pertukaran asing (forex).

 

sektor perbankan_DagangNews2026

 

MBSB Research berkata, kenaikan tinggi kadar faedah di AS turut mendorong pelarasan kadar dasar semalaman (OPR) di Malaysia, sekali gus berpotensi memberi manfaat kepada margin faedah bersih (NIM).

 

"Kami namun masih mengekalkan unjuran dan berpandangan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan menaikkan OPR sepanjang 2026 bagi mengawal inflasi dan membantu aktiviti pembiayaan," jelasnya.

 

Pertumbuhan pinjaman domestik kekal menjadi pemacu utama sektor apabila permintaan perniagaan terus berkembang seiring prestasi ekonomi tempatan stabil, walaupun akan berdepan kesan ketidaktentuan.

 

Persaingan mendapatkan deposit kata MBSB Research, dijangka terus menjadi cabaran jika permintaan pinjaman lebih tinggi memaksa bank menawarkan kadar deposit tetap (FD) yang lebih kompetitif.

 

Keadaan itu memberi tekanan kepada margin keuntungan selain tekanan terhadap perbelanjaan operasi (opex) berterusan apabila sebahagian bank terus meningkatkan pelaburan dalam aspek pendigitalan.

 

"Bank-bank dijangka meningkatkan peruntukan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan suasana geopolitik global masih berlarutan, namun kebimbangan pasaran ketika ini mungkin adalah berlebihan," katanya.

 

Justeru MBSB Research memilih Hong Leong Bank Bhd dan Alliance Bank Malaysia Bhd disokong prospek pertumbuhan aset serta pulangan kepada pemegang saham yang menarik. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved