“Keputusan matang..”- Mohd Na’im puji langkah progresif Air Asia, benarkan kru kabin berhijab

LocalPolitics
6 Dec 2025 • 1:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyambut baik keputusan AirAsia membenarkan kru kabin wanita memakai hijab ketika bertugas di semua laluan penerbangan bermula tahun depan.

Menerusi kenyataan dimuat naik di platform Facebook, beliau menyifatkan ia sebagai langkah progresif yang amat dialu-alukan.

Mohd Na’im puji langkah progresif Air Asia

Tambahnya, ia menggambarkan komitmen syarikat penerbangan tersebut terhadap prinsip kepelbagaian, keterangkuman dan penghormatan terhadap tuntutan agama dalam kalangan pekerja Muslimah AirAsia.

“Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada syarikat penerbangan terkemuka, AirAsia, atas pengumuman dasar pakaian seragam baharu yang lebih inklusif.
“Saya menyambut baik dan mengucapkan tahniah atas keputusan matang oleh pihak pengurusan AirAsia.

image is not available

“Tidak lupa juga, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan khusus kepada para asatizah dan pihak yang terlibat yang telah gigih mengadakan perbincangan dan libat urus secara berterusan dengan pihak AirAsia,” katanya.

Artikel lain: Langkah AirAsia benarkan pramugari pakai tudung beri makna besar buat wanita Muslim – PU Rahmat

Mohd Na’im menyifatkan usaha murni itu sebagai kunci merealisasikan pilihan seragam berhijab yang dijangka mula dilaksanakan pada suku pertama tahun 2026.

image is not available

“Saya berharap keputusan AirAsia ini akan menjadi contoh terbaik kepada syarikat-syarikat korporat lain di Malaysia untuk sentiasa prihatin dan menyokong kebebasan serta hak setiap pekerja dalam menjalankan tuntutan agama mereka, selaras dengan semangat perlembagaan negara dan nilai-nilai Malaysia MADANI,” katanya.

image is not available

Semalam, media melaporkan AirAsia memperkenalkan pembaharuan dalam dasar pakaian seragam kru kabin, membolehkan kru wanita memilih untuk memakai hijab ketika bertugas, selaras dengan budaya syarikat serta maklum balas daripada semua pihak.

Sumber: FB Dato’ Setia Dr. Naim