Keputusan pisah peranan AG, pendakwa raya disasar sebelum PRU - Azalina

LocalPolitics
22 May 2025 • 2:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azalina Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih meneliti dan menilai cadangan pemisahan peranan antara Peguam Negara (AG) dan pendakwa raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berharap agar keputusan berkaitan perkara itu dapat dicapai sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.

“Sekiranya anda seorang pendakwa raya, kadangkala anda akan terus berkhidmat dalam tugas itu selama bertahun-tahun kerana ia adalah skim perkhidmatan khusus yang memerlukan pengetahuan mendalam.

“Jadi, di bawah kerajaan Madani, kami sedang menjalankan kajian secara empirikal dan membandingkan sistem kita dengan negara lain bagi menentukan sama ada pendakwa raya kita wajar ditugaskan sepenuhnya, 100 peratus, kepada kerja-kerja pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran AI Legal Justice Roadmap 2025–2026 dan Peta Reformasi Institusi (PetaRI) di Universiti Malaya (UM) di sini, pada Khamis.

Azalina berkata, cadangan pemisahan peranan terbabit merupakan isu yang rumit dan melibatkan beberapa aspek teknikal yang perlu diteliti dengan mendalam.

“Kita perlu bawa perkara ini ke beberapa jawatankuasa terlebih dahulu. Setelah keputusan dibuat, barulah ia akan dikemukakan kepada bahagian dasar,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved