Keputusan saman sivil tiga pelajar diketahui 18 Julai

19 Apr 2023 • 4:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Keputusan saman sivil yang difailkan tiga bekas pelajar sebuah sekolah menengah terhadap seorang guru, pengetua sekolah ketika itu, Menteri Pendidikan dan dua lagi kerana enggan mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada pelajar berkenaan, enam tahun lalu, bakal diketahui pada 18 Julai tahun ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Leonard David Shim menetapkan tarikh itu semasa penjelasan penghujahan dan juga menetapkan 12 Mei untuk pihak-pihak memfailkan dan bertukar-tukar jawapan balas hujahan jika ada.

Saman itu difailkan oleh tiga bekas pelajar SMK Taun Gusi iaitu Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung, yang kesemuanya berusia 22 tahun.

Mereka memfailkan saman terhadap guru Mohd Jainal Jamrin selaku defendan pertama, Hj Suid Hj Hanapi (atas kapasitinya sebagai pengetua SMK Taun Gusi) sebagai defendan kedua, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sebagai defendan ketiga, Menteri Pendidikan Malaysia sebagai defendan keempat dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kelima.

SPONSORED CONTENT Celebrate Raya with the iQOO Z7 series-Impressive fast charging at amazing promotions! Kuala Lumpur: Celebrate Raya this year with the ultimate iQOO Z7 series-a smartphone designed to meet the needs of extra fast charging! iQOO Malaysia, a subsidiary brand of vivo Malaysia is thrilled to announce its Raya promotion for iQOO Z7 series. You can now get the latest smartphone as low as RM879.10 only!. Read more Mereka mendakwa, antara lain, Mohd Jainal gagal hadir ke kelas untuk mengajar subjek itu selama tujuh bulan pada 2017, manakala defendan lain tidak mengambil tindakan yang munasabah walaupun telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Plaintif memanggil 10 saksi dan hanya tiga saksi memberi keterangan untuk defendan semasa perbicaraan.

Peguam Sherzali Herza Asli mewakili tiga bekas pelajar berkenaan manakala Peguam Kanan Persekutuan Mohd Hafizi Abd Halim, bersama Peguam Persekutuan Fazrul Fardiansyah Abdul Kadir, mewakili defendan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.