Keputusan SPM 2022 Diumum 8 Jun - KPM

29 May 2023 • 3:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Semua calon sekolah boleh memperoleh keputusan masing-masing daripada sekolah mulai jam 10 pagi pada tarikh 8 Jun. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumumkan pada 8 Jun nanti.

Jurucakap Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia melibatkan 403,637 yang telah mendaftar di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut beliau, semua calon sekolah boleh memperoleh keputusan masing-masing daripada sekolah mulai jam 10 pagi pada tarikh berkenaan.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my,” katanya.

Jelas jurucakap itu, slip keputusan SPM 2022 tersebut pula boleh didapati mulai jam 10 pagi pada 8 Jun sehingga jam 6 petang 14  Jun.

“Mereka juga boleh menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan dihantar ke nombor  5888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 8 Jun sehingga jam 6 petang pada 14 Jun,” katanya.

Susulan perubahan takwim sekolah akibat pandemik COVID-19, SPM 2022 diadakan pada 20 Februari hingga 15 Mac lalu.

Ia dikendalikan 131,318 petugas peperiksaan yang dilantik kementerian. - Getaran, 29 Mei 2023


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved