Keputusan STAM 2021 diumumkan pada 30 Jun ini

24 Jun 2022 • 10:36 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 boleh mula menyemak keputusan pada 30 Jun ini.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), calon boleh memeriksa keputusan masing-masing bermula pukul 10 pagi pada hari berkenaan manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

“Selain itu, calon sekolah atau persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah lain iaitu secara dalam talian menggunakan pautan myresultstam.moe.gov.my bermula pukul 10 pagi pada 30 Jun sehingga pukul 6 petang pada 6 Julai.

“Selain itu calon juga boleh mendapatkan keputusan berkenaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 30 Jun sehingga 6 petang pada 6 Julai,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

KPM memaklumkan pihaknya sentiasa berusaha untuk terus melaksanakan yang terbaik.

Terdahulu, KPM turut memaklumkan seramai 7,277 calon menduduki STAM yang diadakan pada 29 Mac hingga 7 April lalu di 236 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok