Keputusan STPM esok

12 Jul 2023 • 5:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada esok (13 Julai).

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing atau secara dalam talian mulai 11.30 pagi pada hari tersebut.

“Keputusan turut boleh didapatkan secara dalam talian di pautan kttp://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM Tahun 2022 pada masa dan hari sama.

“Selain itu, keputusan boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2022 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more “Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 13 Julai (Khamis) sehingga 12 tengah hari pada 23 Julai (Ahad),” menurut kenyataan itu.

Seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan itu tahun lalu di seluruh negara melibatkan 4,668 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.