[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] PN mendahului di Kedah

Politics
12 Aug 2023 • 8:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bergambar selepas mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada Sabtu. - Foto Bernama.

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mendahului pada ketika ini di tiga kerusi bagi Kedah manakala gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) satu kerusi setakat jam 8 malam proses pengundian undi pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu, calon PN mendahului di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ayer Hangat, Bukit Kayu Hitam dan Derga.

Manakala, PH-BN mendahului bagi kawasan DUN Kota Darul Aman.

Dalam pada itu, bagi calon PH, Teh Swee Leong sedang mencatatkan undian tinggi di DUN Kota Darul Aman.

Kedah mempunyai keseluruhan 36 DUN dan angka kiraan undi beberapa kerusi lain masih belum diperoleh setakat ini.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!