[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] PRN: Azmin, Rina ketinggalan

Politics
12 Aug 2023 • 8:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azmin dan Rina.

SHAH ALAM - Dua calon 'heavyweight' Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Rina Harun ketinggalan di kerusi yang ditandingi mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) enam negeri pada Sabtu.

Keputusan tidak rasmi setakat jam 8 malam menyaksikan Azmin yang juga Pengerusi PN Selangor memperoleh sebanyak 3,068 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.

Calon Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN), Juwairiya Zulkifli mendahului pertembungan satu lawan satu dengan 3,575 undi.

Sementara itu, jumlah undian yang diterima Rina di kerusi DUN Batu Tiga jauh berada di belakang dua pencabarnya.

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hanya memperoleh 42 undi.

Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Cheda Razak jauh mendahului dengan 656 undi diikuti calon Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), Danial Al-Rashid yang juga anak arwah pelakon veteran Harum Salim Bachik memperoleh 424 undi.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved