[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] PRN: Kerajaan di enam negeri kekal

Politics
12 Aug 2023 • 9:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa masuk peti undi untuk diserahkan kepada pegawai pengurus pada tinjauan di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. - Foto Bernama.

SHAH ALAM - Pentadbiran kerajaan di enam negeri pilihan raya negeri (PRN) kekal berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 9.30 malam, Sabtu.

Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terus menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ketika ini proses pengundian yang sedang berlangsung menyaksikan PH-BN mendominasi Pulau Pinang dengan undian majoriti di 29 daripada 40 kerusi, Selangor (33 daripada 56 kerusi) dan Negeri Sembilan (14 daripada 36 kerusi).

Sementara itu, PN mendahului undi di Kedah sebanyak 14 daripada 36 kerusi, Kelantan (15 daripada 45 kerusi) dan Terengganu (20 daripada 32 kerusi).