Keputusan Trump Hentikan Bantuan Ketenteraan Kepada Israel ‘Kemenangan Buat Rakyat Amerika’ – Senator Palestin-Amerika

WorldPolitics
11 Nov 2026 • 9:49 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Keputusan Trump Hentikan Bantuan Ketenteraan Kepada Israel ‘Kemenangan Buat Rakyat Amerika’ – Senator Palestin-Amerika

Senator terpilih Senat Negeri New York, Aber Kawas, memuji keputusan Presiden Donald Trump untuk menghentikan bantuan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) kepada Israel, menyifatkannya sebagai satu “kemenangan bagi rakyat Amerika” yang telah lama mendesak agar wang cukai disalurkan kepada komuniti tempatan dan bukannya membiayai peperangan serta tentera asing.

Kawas, yang mengukir sejarah sebagai wanita Palestin-Amerika serta wanita berhijab pertama dipilih ke Senat Negeri New York selepas meraih kira-kira 75 peratus undian dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November lalu, menegaskan bahawa penamatan bantuan ketenteraan berkenaan bukan sahaja menyentuh kewangan malah merupakan satu keutamaan moral.

Pengumuman mengejutkan yang dibuat oleh Trump pada 3 November lalu menetapkan penamatan bantuan ketenteraan bernilai US$4 bilion (kira-kira RM16.2 bilion) kepada Israel menjelang akhir tahun ini. Beliau secara terbuka mengisytiharkan bahawa Washington tidak akan lagi menyalurkan dana ketenteraan kepada Tel Aviv.

Menurut laporan penyiar awam Israel, KAN, pengisytiharan tidak dijangka itu telah mencetuskan kebingungan dan kejutan besar dalam kalangan pegawai Kementerian Pertahanan serta kepimpinan tertinggi tentera Israel.

Sumber Maklumat: Anadolu Agency (AA)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved