Keputusan Untuk Mengadakan Inkues Kes Kematian Zara Qairina – AGC

LocalPolitics
13 Aug 2025 • 2:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Keputusan Untuk Mengadakan Inkues Kes Kematian Zara Qairina – AGC

PUTRAJAYA — Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339 (1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.

“Setelah jabatan ini meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina pada 12 Ogos 2025, Jabatan ini memutuskan agar inkues dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339 (1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

“Prosiding inkues ini bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.

“Proses ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang,” maklum kenyataan itu pada hari ini.