Keputusan UPKK 2023 Diumum 18 April Ini

12 Apr 2024 • 12:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Keputusan UPKK 2023 Diumum 18 April Ini

PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) — Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2023 akan diumumkan pada 18 April ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Beliau berkata ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon pada hari berkenaan (Khamis) bermula 12 tengah hari menerusi beberapa platform.

“Calon boleh menyemak melalui laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan nombor MyKad dan nombor angka giliran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPKKnombor MYKadnombor angka giliran dan hantar ke 15888, katanya.

Menurutnya, ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2023 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 19 April, 9.30 pagi.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved