
Keracunan Gas Karbon Monoksida Punca Lelaki Maut Dalam Kereta
GEORGE TOWN, 30 Mei (Bernama) -- Lelaki tempatan yang ditemukan maut di dalam sebuah kereta di hadapan kedai aiskrim di Jalan Sungai Dua, di sini, semalam disahkan meninggal dunia akibat keracunan gas karbon monoksida.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Lee Swee Sake berkata punca kematian lelaki berusia 37 tahun itu diperoleh hasil bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.
“Mangsa juga dipercayai telah meninggal dunia kira-kira lima hari sebelum mayatnya ditemukan semalam.
Pendaki Hilang: Lapan Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM
Empat Beranak Ditemui Meninggal Dunia Dalam Khemah Glamping
“Tiada unsur jenayah dikesan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut telah dibuka untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mangsa, seorang jurutera dipercayai tertidur di dalam kereta tanpa mematikan enjin kenderaan.
Semalam, mayat lelaki yang berasal dari Ayer Itam ditemukan dalam keadaan berpakaian kemas dan berbaring di tempat duduk pemandu kereta milik isterinya yang dikunci dari dalam pada 11.47 pagi.





