Kerajaan, agensi KPT tidak terlibat program 'Afterparty'

23 Nov 2023 • 2:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenyataan yang dikeluarkan oleh nottsmsociety di laman sosial mereka.

PUTRAJAYA - Kerajaan mahupun agensi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Education Malaysia tidak terlibat dalam penganjuran program 'Afterparty' sempena acara sukan Nottingham Malaysian Games untuk pelajar Malaysia di United Kingdom.

Nottingham Malaysian Society (nottsmsociety) dalam satu kenyataan menjelaskan, kedua-dua pihak berkenaan hanya bekerjasama bagi program sukan dan festival makanan.

"Afterparty adalah program kerjasama dengan Monsta yang dikendalikan oleh pelajar," kata kenyataan itu pada Rabu.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Fadhli Shaari sebelum ini mendakwa program berkenaan ditaja oleh Education Malaysia.

Ujar beliau, program Afterparty yang diadakan buat julung kalinya di sebuah kelab malam Tunnel Club itu telah menimbulkan keresahan di kalangan ibu bapa dan pelajar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved