Kerajaan akan bentang RUU hadkan jawatan PM tidak lebih 10 tahun

LocalPolitics
5 Jan 2026 • 1:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) dalam sidang Parlimen tahun ini yang bertujuan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal penuh.

image is not available

Foto arkib: Bernama

Menurut laporan BH Online, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa RUU tersebut merupakan salah satu langkah reformasi institusi yang dilaksanakan kerajaan, selaras dengan hala tuju sesi Parlimen tahun ini.

“Semua orang ada had tempohnya… KSN (Ketua Setiausaha Negara) tidak boleh sampai puluh tahun, juga terpakai untuk semua kerana kalau diberikan tempoh dan dalam tempoh itu mampu melaksanakan, selepas itu elok kita serahkan kepada generasi berikutnya.
“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri, maka kita akan membentangkan RUU mengehadkan tempoh bagi jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Berita LANJUT MENYUSUL

Sumber: BH Online (Mohd Iskandar Ibrahim)