Kerajaan Akan Beri SARA RM100 Kepada Rakyat Malaysia 18 Tahun Ke Atas Pada Februari 2026

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 5:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak 31 Ogos 2025 yang lepas, kerajaan telah memberikan RM100 dibawah program SARA kepada semua rakyat 18 tahun ke atas. Lanjutan daripadanya, kini kerajaan sekali lagi memperluaskan penawarannya.

image is not available

Pada tahun 2026, kerajaan sekali lagi akan berikan RM100 SARA untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Bantuan ini akan membantu lebih 22 juta rakyat Malaysia.

SARA RM100 ini akan disalurkan pada pertengahan Februari 2026, sekaligus membantu dalam persiapan Ramadan dan juga sambutan Tahun Baru Cina.