Kerajaan akan kawal harga tiket penerbangan bersempena PRU15. Boleh percaya ke?

LocalPolitics
21 Oct 2022 • 11:01 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) memberitahu yang mereka akan mengawal harga tiket penerbangan bagi memastikan syarikat penerbangan tidak menaikkan harga tiket sesuka hati bersempana dengan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung dalam bulan November 2022 nanti.

Penyandang Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong katanya ambil maklum tentang mekanisme penetapan harga tiket kapal terbang yang berdasarkan Mekanisme Harga Dinamik sekiranya ia melibatkan pergerakan penumpang yang besar. Namun begitu, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika didapati yang syarikat penerbangan menaikkan harga tiket di luar landasan undang-undang.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting PRU15:

  • Hari penamaan calon 05 November 2022
  • Hari undi awal 15 November 2022
  • Hari undi 19 November 2022

Sejurus pengumuman itu, tentu sekali berduyun-duyun rakyat akan menyerbu kaunter tiket kapal terbang untuk membeli tiket masing-masing terutamanya yang perlu merentasi lautan. Terdapat beberapa insiden yang harga tiket naik sekali ganda kerana sistem tempahan tiket menjadi gelong dan ia mengundang kemarahan netizen.

Buat anda yang masih belum mendapatkan tiket kapal terbang, Malaysia Airlines sedang mengadakan promo rebat 20% ke atas harga tiket. Layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.

image is not available

[Sumber: TheEdgeMarket]