Kerajaan Akan Mengumumkan Butiran Mengenai Pakej Perpaduan Untuk Internet Jalur Lebar Pada 29 Mac

TechnologyDigital
20 Mar 2023 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengumumkan pelan telekomunikasi Pakej Perpaduan yang mana untuk RM30, pengguna menerima kuota 30GB dan kelajuan 3MBps selama enam bulan yang ditawarkan sehingga penghujung tahun ini.

Hari ini, sewaktu sidang media penerimaan piala WSIS 2023 di Parlimen, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil telah mengesahkan bahawa penawaran Pakej Perpaduan untuk sambungan internet jalur lebar juga akan diumumkan kelak.

image is not available

Beliau tidak mengumumkan sebarang butiran mengenai pelan tersebut, kecuali untuk apa yang sudahpun diumumkan baru-baru ini, termasuklah kelajuan 30Mbps untuk RM69 sebulan, dan mengesahkan bahawa kementeriannya akan membuat pengumuman lebih lanjut mengenainya di sebuah acara rasmi yang akan diadakan pada 29 Mac ini .

Syarikat-syarikat pembekal internet jalur-lebar sedia ada seperti TM, Time dan sebagainya dijangka akan memperkenalkan butiran mengenai pelan Pakej Perpaduan untuk internet jalur-lebar mereka sendiri tidak lama lagi.