
Kerajaan Perpaduan memberi jaminan akan memastikan semua Ahli Parlimen blok kerajaan hadir dan memberikan sokongan penuh apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 dibentangkan semula di Dewan Rakyat.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata usaha sedang digerakkan bagi memastikan wakil rakyat kerajaan bukan sahaja hadir, malah mengundi menyokong pindaan Perlembagaan tersebut yang disifatkan sebagai amat penting kepada sistem demokrasi negara.
Kerajaan mahu elak kegagalan berulang
Menurut Fahmi, Kabinet telah memutuskan RUU yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun itu akan dibawa semula pada sidang Parlimen sekitar Jun.
Katanya, kerajaan berharap semua Ahli Parlimen memahami kepentingan pindaan tersebut dan tidak menganggapnya sebagai isu partisan antara kerajaan dan pembangkang.
Beliau menegaskan pindaan berkenaan bertujuan memastikan tiada Perdana Menteri boleh memegang kuasa terlalu lama sehingga merasakan kedudukannya tidak boleh digugat.
Baca juga:
‘Aku pelawak, budak gemuk… dan ya, aku masuk politik’ – Afdlin Shauki
‘Semua orang terkandas di Jeddah, tapi bukan terpaling terkandas’ – Mutawif
Bawah 16 tahun tak boleh ada akaun media sosial kecuali di bawah kawalan ibu bapa – Fahmi
RUU sebelum ini gagal lulus
Isnin lalu, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 gagal diluluskan selepas tidak mencapai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Seramai 146 Ahli Parlimen menyokong pindaan itu, namun 32 Ahli Parlimen tidak hadir manakala 44 lagi berkecuali.
Fahmi berkata Kabinet turut menerima taklimat daripada Ketua Whip Kerajaan, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung status lapan Ahli Parlimen kerajaan yang tidak mengundi RUU tersebut, selain kemungkinan wujud salah faham dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang mengenai cadangan pindaan itu.
Sumber: Kosmo! Online
The post Kerajaan akan pastikan semua MP hadir sokong pindaan had 10 tahun Perdana Menteri Jun ini appeared first on The Reporter.
