Kerajaan Akan Percepat Tingkat Kelajuan Internet Di Seluruh Negara

TechnologyDigital
6 Mar 2023 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi Dan Digital kini menyatakan kerajaan sedang berusaha dalam mempercepatkan perluasan capaian, termasuk meningkatkan kelajuan internet di seluruh negara.

Langkah ini selari dengan sasaran kerajaan untuk purata jalur-lebar mudah-alih mencapai 100Mbps menjelang 2025 kelak.

Kerajaan juga sebelum ini telah awalkan sasaran untuk capaian 5G meliputi 80% kawasan berpenduduk di Malaysia pada penghujung 2023 ini – berbanding sasaran pada 2024 sebelum ini.

Pada masa yang sama juga, Kementerian Komunikasi dan Digital kini memfokuskan dalam meningkatkan kualiti telekomunikasi, menyasarkan untuk tiada lagi masalah panggilan atau talian berlaku menjelang Jun 2023 kelak.