Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji bagi tambah baik pengurusan, kecekapan - PM Anwar

Politics
29 Sep 2023 • 10:45 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji bagi tambah baik pengurusan, kecekapan - PM Anwar

zulfadli

29/09/2023 - 10:45

KUALA LUMPUR 29 Sept - Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji (TH) bagi menambah baik pengurusan dan kecekapan Lembaga TH, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, Rang Undang-Undang (RUU) pindaan akta berkenaan akan dibentang di Parlimen selewat-lewatnya pada sesi Parlimen awal tahun depan.

"(Kerajaan) akan meminda Akta TH bagi memenuhi maksud maqasid bukan saja pengurusan tapi juga kecekapannya untuk berfungsi memberi penghayatan kepada ibadah umat Islam.

"Kita akan cuba.. kalau tak sempat sesi Parlimen November ini, saya cuba awal tahun depan akan dibentangkan," katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini, Berita Harian melaporkan.

image is not available
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar. - DagangNews.com