Kerajaan akan pindah semula aset TH daripada SPV secara berperingkat

Politics
6 Oct 2023 • 10:56 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Kewangan akan memindahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) dari Syarikat Tujuan Khas (SPV) secara berperingkat.

Menurut Perdana Menteri, aset bernilai kira-kira RM19.9 bilion itu dipindahkan ke SPV di bawah Kementerian Kewangan pada Disember 2018 ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan sebagai langkah untuk memulih serta menstabilkan kedudukan kewangan institusi tersebut.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kewangan yang dikemudinya mendapati kedudukan kewangan TH kini sudah kembali stabil, sekali gus membenam naratif jahat dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan dan Menteri Kewangan pada ketika itu.

image is not available
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Pelancaran UlangTahun Ke-60 Lembaga Tabung Haji di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Gambar Scoop, 6 Oktober, 2023

“Saya kesal kerana cerita bohong itu telah mempengaruhi penabung dan masyarakat, apatah lagi fitnah tersebut diperpanjang dan diulang oleh golongan yang kononnya memperjuangkan agama,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

“Justeru, mari bersama kita pertahan kesucian agama Islam dan prinsipnya, selain berusaha memampan tanggapan yang salah terhadap agama,’’ katanya.

Anwar turut memaklumkan beliau telah menjelaskan mengenai isu aset TH itu secara panjang lebar semasa menghadiri majlis peluncuran ulang tahun Lembaga Haji yang ke-60 baru-baru ini. – 6 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved