Kerajaan akan putuskan sama ada merayu pemulangan 40% hasil Sabah esok: PM

LocalPolitics
10 Nov 2025 • 1:48 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan akan membuat keputusan esok sama ada akan memfailkan rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak 40% hasil Sabah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, satu mesyuarat Kabinet khas akan diadakan bagi membincangkan perkara tersebut.

Jelasnya, kerajaan akan mendengar pandangan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang sebelum membuat keputusan sama ada akan memfailkan rayuan atau sebaliknya.

“Saya sudah panggil mesyuarat esok. Kita dengar dulu penjelasan Peguam Negara, hendak rayu atau tidak, tunggu esok. Bagi saya, kalau tidak rayu pun tidak mengapa.

“Tetapi keputusan muktamad dibuat selepas kita dengar dan bincang bersama semua ahli Jemaah Menteri,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Malaysia Digital di Tawau, Sabah, hari ini.

Anwar berkata terdapat kekangan dan keterbatasan dalam isu berkenaan, namun berharap semua pihak memahami situasi berkenaan.

“Soalnya, mahkamah arah untuk runding. Saya kata baik, kita akan runding. Tetapi hari ini hendak runding dengan siapa? Kerana kerajaan sekarang hanyalah kerajaan sementara (caretaker government). Tunggu pilihan raya, selepas kerajaan baharu dibentuk, saya akan arahkan rundingan dimulakan segera,” katanya.

Isu mengenai tuntutan hasil Sabah itu merupakan faktor Datuk Ewon Benedick meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ewon, yang merupakan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, beliau berpegang kepada prinsipnya dan akan terus memperjuangkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, katanya, beliau berpendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak seharusnya memfailkan rayuan berhubung isu hak 40% itu. - 10 November, 2025

The post Kerajaan akan putuskan sama ada merayu pemulangan 40% hasil Sabah esok: PM appeared first on Scoop.